GAMBAR TERBARU ALTANTUYA YANG DIKELUARKAN TIAN CHUA BANYAK CACAT CELANYA

>> 30 June 2012

Gambar di bawah adalah gambar yang dikeluarkan Tian Chua yang mengatakan bahawa Altantuya Sharibuu pernah berkunjung ke Perancis.


Untuk melihat lebih gambar, sila lihat di Asian Sentinel.

Apabila kita melihat gambar-gambar dari Asian Sentinel yang berlatarbelakangkan suasana di Perancis pastinya kita terfikir adakah ianya sebenarnya gambar yang diubahsuai?

Jawapannya tidak!

Jadi memang benarlah Altantuya pernah ke Perancis?

Jawapannya juga tidak!

Kunci kepada persoalan ini sudah dirungkai. Untuk pengetahuan anda, pada 2007 bapa Altantuya pernah mengeluarkan gambar-gambar Altantuya untuk dilihat kepada umum. Di bawah ini adalah salah satu contoh gambar.


 Untuk melihat lebih lagi gambar seperti ini sila KLIK.

Anda boleh lihat sendiri betapa berbezanya gambar yang dikeluarkan Tian Chua dengan gambar yang dikeluarkan oleh bapa Altantuya sendiri. Kemudiannya sila bandingkan gambar yang dikeluarkan Tian Chua dengan satu keratan akhbar dari Mongolia.


Sama dan serupa bukan? Paling sepadan apabila melihat kepada fesyen rambut kedua-dua gambar dari keratan akhbar Mongolia dan gambar yang dikeluarkan Tian Chua. Jika dibandingkan fesyen rambut dari keratan akhbar Monglia ini dengan gambar yang dikeluarkan bapa Altantuya ibarat langit dengan bumi.

Ini semuanya kerana gambar yang dikeluarkan oleh Tian Chua bukanlah gambar Altantuya yang sebenar! Ini kerana gambar tersebut merupakan gambar seseorang yang mempunyai rupa yang mirip kepada Altantuya sahaja dan tidak lebih dari itu! 

Jika diperhatikan betul-betul pada raut wajah sememangnya banyak perbezaannya. Paling ketara dilihat melalui kening, saiz mata dan saiz muka.

Tambah fakta ini menyokong fakta yang dikeluarkan kedutaan Perancis bahawa Altantuya sememangnya tidak pernah berkunjung ke Perancis. Tidak cukup dengan itu, dalam sejarah hidup Altantuya yang diceritakan oleh bapanya ada menyebut bahawa Altantuya boleh bertutur dalam Mandarin, Russia dan Inggeris kerana menghadiri kelas pelbagai bahasa tetapi tidak sekalipun bapa Altantuya pernah menyatakan anaknya boleh berbahasa Perancis seperti didakwa Anwar Ibrahim!

Untuk pengetahuan sini bukanlah percubaan pertama pembangkang membelit fakta mengenai Altantuya. Sebelum ini pun pembangkang pernah mengeluarkan gambar yang didakwa milik Altantuya semasa menjadi model.

Antara gambar yang didakwa pembangkang milik Altantuya semasa menjadi model
Tetapi gambar ini meragukan apabila bapa Altantuya mendakwa bahawa ini bukanlah gambar anaknya. Jadi timbul spekulasi bahawa bapa Altantuya amat tertekan dengan kematian anaknya dari puak-puak Pakatan sedangkan pada hakikatnya gambar tersebut sememangnya bukanlah gambar Altantuya. Gambar tersebut merupakan gambar penyanyi Korea yang bunuh diri bernama U Nee!

Malah sehingga ke hari ini pencacai Pakatan masih percaya bahawa ini adalah gambar Altantuya semasa menjadi model sedangkan gambar ini milik orang lain.

Jadi sampai bilakah pembangkang mahu terus memutarbelit fakta mengenai Altantuya? PM telah bersumpah bahawa tidak mengenali Altantuya. Mampukah Anwar Ibrahim bersumpah bahawa sumpah PM itu adalah tipu dusta sahaja? Ada berani ka Anwar?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP